Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, October 24, 2008

AGI - HPA

SALAM.

Alhamdulillah.....
Pada mesyuarat AGI kali ke 5, seluruh MT yang hadir telah bersetuju dan mencadangkan supaya seluruh warga Alumni Graduan Islam (AGI) menggunakan produk HPA dan membeli melalui akaun AGI (No. Keahlian : 416075.MY01) dan mendapat faedah membeli & menggunakan produk HPA dengan harga ahli dan sekaligus membantu meningkatkan sumber ekonomi AGI.

Jika antum ingin menjadi usahawan HPA, antum bolehlah mendaftarkan diri di mana-mana Stokis HPA dengan menyatakan AGI sebagai penaja. (No. Penaja : 416075.MY01 / Nama Penaja : Alumni Graduan Islam) supaya AGI mendapat faedah / mata ganjaran. Untuk makluman lanjut, antum boleh rujuk pada laman web : http://www.hpa.com.my - "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Oleh yang demikian;
"BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI AGI"

Wassalam.
SB Hensem
+6012-2709896

Wednesday, October 8, 2008

Puasa Enam Syawal

Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Friday, September 26, 2008

Salam Eidulfitri

SALAM.

Salam Eidulfitri & Maaf Zahir Batin daripada AGI RESOURCES buat semua AGI's Smart Partnership & semua muslimin dan muslimat yang dapat melayari dan mengunjungi website kami.

Wassalam

Thursday, August 21, 2008

Saturday, August 16, 2008

BAJU AGI



SALAM..

LAgi pose baju-baju AGI..

JZKK

PRMOSI BAJU AGI 2008

SALAM.

Alhamdulillah...

Tima kasih Muadzin sebab ingatkan ana untuk promosi baju AGI 2008 ni.
Stok cuma tinggal empat (4) unit XL dan satu (1) unit L sahaja.

Kepada yang berminat boleh nyatakan pesanan, nama, alamat, saiz baju dan no handphone (dalam kotak chat) untuk ana place order baru... nak sekurang-kurangnya 30 helai baru boleh jalan second batch.

Harga jika ambil dengan ana RM28 sahaja tapi jika nak pos RM30 sahaja (termasuk kos POS EKSPRESS), AGI ambik untung sikit je...

Akan datang key chain AGI dan Sticker empat segi untuk kereta dgn sticker putih (pelekat) pun ada untuk jualan kepada ahli tapi harganya belum diputuskan.

BERMINAT?

Hubungi sb = 012-2709896 / 013-9655210

Saturday, August 9, 2008

SALAM..
Berikut senarai sahabat - sahabat yang BERANI war - warkan perniagaan mereka...
TAHNIAH!!!!
Moga dikurniakan ALLAH kekayaan di dunia & di akhirat.
JZKK.

AGI's SMART PARTNERSHIP

Nama Syarikat : I CARE TRADING,
Alamat : PT 250, BT 5 1/2, JALAN SALOR,
15100 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.
TEL/FAKS : 097011091
H/P : 013-9866402
E-MAIL : icare.trading@gmail.com
PEMILIK : WIZAM

PERKHIDMATAN :
SULAMAN BERKOMPUTER, CETAKAN SILKSCREEN, TRANSFER PRINTING, SOLIDIFICATION(UV LIGHT), INKJET & DIGITAL PRINTING

PRODUK:-
TSHIRT, SWEATER, JACKET, VEST, CAP, UNIFORM, TOWEL, SOUVENIR, MUG, CRYSTAL, PEN, STAMP, KEY CHAIN, BUTTON BADGES, PAPER BAG, BROCHURE, POSTER, BUSINESS CARD, BIZ-DOCUMENT, BANNER, BUNTING, STICKER, SIGNBOARD, ETC.

AGI's SMART PARTNERSHIP 2

Nama Syarikat : ALL-ONE MultiTRADING & Services
Alamat : Lot 6, Bangunan Parkir Bertingkat
UiTM,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
TEL : 03-5510 6002
FAKS : 03-55116002
H/P : 019-3567653
012-3414041
E-MAIL : allonemultitrading@yahoo.com
allonemultitrading@gmail.com
Pemilik : Azim

PRODUK:
Banner & Bunting, Souvenirs & Trophies, Shirt Emboidry & Silk Screen, Offset Printing

PERKHIDMATAN :
Event Managemant, ETC.

AGI's SMART PARTNERSHIP 3

Nama : Wak Rosdi

Produk : Pengeluar Tonik Minda

Alamat : No. 8, Kampung Pt. Sangit,
Jalan Bt. Putih,
83600 Semerah,
Batu Pahat, Johor.

No Tel : 013-7288300

AGI's SMART PARTNERSHIP 4

MENJANA DIRI RESOURCES (SA0091559-D)
17-1 PUSAT DAGANGAN UBSA, PERSIARAN DAMAI, SEKSYEN 11, 40100 SHAH ALAM,
HP: 019 - 266 7570 / FAX : 035513 4536

PEMILIK:
M. Fadhil Majid,

PERKHIDMATAN :
Latihan dan motivasi, pengiklanan, pembekal alat tulis, pembekal pakaian & kelengkapan, pengurusan majlis, agen komisen dll. PRODUK : SPIES Program, RESQ Program, Kem Smart Solat, Kem Bina Belia, Kem Jaya Diri, DLL.

AGI's SMART PARTNERSHIP 5

BOB HPA
36, Jalan 5/7,
Taman Sri Kluang,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim.
Tel : 013-6033462
www.hpa.com.my

Sunday, July 20, 2008

SALAM Ukhuwwahfillah

Assalamualaikum warahmantullahi wabarokatuh!

ALHAMDULILLAH, bersyukur ana ke hadrat ALLAH S.W.T kerana diberi sedikit ilmu untuk ana sediakan satu blog khas untuk syarikat sulong untuk Alumni Graduan Islam @ AGI. Mungkin ianya taklah hebat memandangkan ana pun baru belajar membuat blog....

Antara blog yang ana dah setup seperti:
www.kojarum.blogspot.com
www.syaifulconsultant.blogspot.com
www.achik84world.blogspot.com
www.aisyanajiha.blogspot.com

Untuk maklumat antum semua, blog ni ana nak jadikan satu saluran pemasaran terutama untuk membantu eknomi AGi sendiri. Ana harap ramai-ramai sahabat/sahabiah dapat iklankan apa-apa produk, perkhidmatan atau jaringan dan apabila perniagaan dah bertambah maju sila lah menginfakkan sedikit (2.5%) sahaja daripada keuntungan jualan untuk sama-sama menaikkan ekonomi AGI.

Bila ada RM dalam akaun AGI, bolehlah kita buat aktiviti banyak-banyak untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan kita.

Semoga niat murni ana akan mendapat sokongan daripada antum semua.

TAKBIR! (3x)

ALLAHUAKBAR!!!!

JZKK